Skip to main content

Pokok Ajaib



Pokok ajaib ini merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid.Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, Ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.
Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

Kegunaan:
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Comments

Popular posts from this blog

U-Queen Ushine

U-Queen Ushine Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masaalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total. Kebaikan U-Queen Ushine Membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut Menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair) Mengencang payudara dan mengangkat punggung Memberi seri pada wajah, Melewatkan menopause Mengeratkan hubungan suami isteri Membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis Mencegah kanser, melancar / membersih darah serta peranakan. Membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan Mencerahkan kulit dari dalam Kandungan U-Queen Ushine Fish collagen Dextrose Monohydrate Citric Acid Pineapple Fruit powder Roselle powder Pueraria Mirifica powder Manjakani powder...

Khasiat 7 jarum

Kaya antioksidan, elak penyakit Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya pereskia sacharosa adalah sejenis pokok dari keluarga kaktus yang mungkin juga satu-satunya kaktus yang mempunyai daun sebenar. Pokok Jarum Tujuh Bilah ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Nama lain pokok Jarum Tujuh Bilah adalah Bintang Tujuh, pokok kanser dan chat sim chan . Pokok Jarum Tujuh Bilah Keistimewaan Jarum Tujuh Bilah adalah disebabkan ia tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali iklim tundra. Walaupun tergolong dalam keluarga kaktus, namun khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah untuk tujuan perubatan memang tidak dapat dinafikan. Malah, disebabkan khasiat ubatannya ini jugalah membuatkan pokok herba ini turut ditanam sendiri oleh penggemarnya di rumah. Ciri-ciri pokok Jarum Tujuh Bilah adalah hampir menyerupai pokok partisan. Pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Pokoknya juga boleh membaik melalui b...

Pokok Ajaib (Miracle Berry)

Miracle Fruit(Pokok Ajaib) Semakin lama semakin banyak perkara yang baru ditemui. Sebenarnya semua ini telah lama wujud.Tetapi kini baru kita dapat mengetahui tentang perkara ini melalui penyelidikan yang telah dijalankan.Nama  pokok sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya dan ingin mengetahui bagaimanakah Pokok Ajaib ini.Apakah kelebihan pokok ini??Jom kita jelajah dengan lebih mendalam. Info tentang Pokok ajaib: (Nama Botani :Synsepalum dulcificum) Famili :Sapotaceae   Negara asal:Ghana, Afrika Keperluan air :Banyak Tahap pH :4.5 hingga 5.8   Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki Bunga :Warna putih Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi.pokok berbuah selepas 2 @ 3 tahun. Perkara yang menarik tentang buah pokok ajaib ini adalah selepas makan buah ini,segala buah yang masam yang dimakan selepas itu akan membuatkan buah tersebut berasa manis.Saya sendiri telah mencuba buah pokok ajaib ini.Mula-mula saya makan buah pokok ajaib dan kemudian saya makan b...