Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Khasiat 7 jarum

Kaya antioksidan, elak penyakit Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya pereskia sacharosa adalah sejenis pokok dari keluarga kaktus yang mungkin juga satu-satunya kaktus yang mempunyai daun sebenar. Pokok Jarum Tujuh Bilah ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Nama lain pokok Jarum Tujuh Bilah adalah Bintang Tujuh, pokok kanser dan chat sim chan . Pokok Jarum Tujuh Bilah Keistimewaan Jarum Tujuh Bilah adalah disebabkan ia tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali iklim tundra. Walaupun tergolong dalam keluarga kaktus, namun khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah untuk tujuan perubatan memang tidak dapat dinafikan. Malah, disebabkan khasiat ubatannya ini jugalah membuatkan pokok herba ini turut ditanam sendiri oleh penggemarnya di rumah. Ciri-ciri pokok Jarum Tujuh Bilah adalah hampir menyerupai pokok partisan. Pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Pokoknya juga boleh membaik melalui b

Lagi pasal pokok ajaib

Pokok Hutan-Buah Ajaib Miracle Fruit atau Synsepalum dulcificum. Pokok Ajaib ini hidup subur di Afrika Barat seperti di Ghana dan Nigeria dan lain-lain negara. Pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki, daunya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya berwarna merah bila matang. Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi. Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memamngginya sebagai “miraculous berry”. Buahnya lonjong seperti buah kopi dan berbiji di dalamnya. Sepohon pokok ini boleh menghasilkan beratus buah dalam setahun. Buah ini dikatakan ajab kerana ada cerita di sebaliknya. Ada yang menamakannya buah beri ajaib dan nama saintifiknya Synsepalum dulcificum. Pokok ini juga ter