Skip to main content

Lagi pasal pokok ajaib

Pokok Hutan-Buah Ajaib
Miracle Fruit atau Synsepalum dulcificum.
Pokok Ajaib ini hidup subur di Afrika Barat seperti di Ghana dan Nigeria dan lain-lain negara. Pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki, daunya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya berwarna merah bila matang. Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi.
Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memamngginya sebagai “miraculous berry”.
Buahnya lonjong seperti buah kopi dan berbiji di dalamnya. Sepohon pokok ini boleh menghasilkan beratus buah dalam setahun. Buah ini dikatakan ajab kerana ada cerita di sebaliknya. Ada yang menamakannya buah beri ajaib dan nama saintifiknya Synsepalum dulcificum. Pokok ini juga terdapat di Negeri Florida, Amerika syarikat, tidak boleh tumbuh dikawasan bersalji tetapi sesuai di kawasan tropikal kerana pokok ini memerlukan air yang banyak dalam sepanjang tahun. Pendek kata ianya tidak akan hidup subur di kawasan sejuk seperti kanada, jepun malah Amerika Syarikat sendiri. Hanya di Florida pokok ini boleh hidup subur. Pokok ini biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan.
Buah ajaib rasanya masam manis dan kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan. Kalorinya amat rendah dan penghidap kencing manis boleh manikmati buah ini. Buah ini berguna bagi mengelakkan darah tersumbat.
Kini pokok ajaib amat subur di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Terutama di kawasan tanah yang berasid sekurang-kurang PH 4.5 hingga 5.8.
Dunia Menikmati Keajaibanya
Sehingga saat ini hampir seluruh dunia amat gemar menikmati keajaiban buah ini. Di Amerika mereka mengadakan pesta memakan makanan dan buah-buahan masam, seperti lemon, limau, oren, anggur, epal masam, aprikot, keju kambing, arak dan sebagainya. Mereka menimatinya dengan meriah dipesta-pesta miracle fruit, kerana makanan dan buahan tadi menjadi manis tanpa menghilangkan keaslian rasanyanya. Limau masam apabila dimakan tetap rasa seperti limau tetapi seperti limau madu. Keju kambing rasanya seperti manisan, mempelam masam rasa seperti mempelam siam.
Di Jepun, mereka mengimport buah ajaib dari Afrika Barat untuk dijadikan makanan diet. Difahamkan oleh salah seorang pengendali blog Harga untuk sebiji buah ajaib di Jepun lebih kurang 1000 yen atau lebih kurang RM38.00.
Di Australia pokok ini juga hidup subur terutama di kawasan panas yang mempunyai taburan hujan yang agak banyak.
Di Malaysia, kini ianya semakin popular dan ditanam oleh 10 % penduduknya sebagai tanaman hiasan setaraf dengan bunga kertas dan bunga raya. Haya beberapa syarikat yang mengusahakan secara ladang, yang dijangka akan mengeluarkan hasil yang mampu dieksport ke luar negara 2 tahun lagi.
Kenapa ianya dinamakan Buah Ajaib
Ia dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berpanjangan, iaitu sehingga dua jam. Bila memakan buah ini sebarang makanan atau minuman yang masam akan terasa manis kerana rasa buah tadi melekat dilidah. Rasa manis yang terhasil dari glycoprotein yang dinamakan miraculin akan merangsang deria rasa manis pada bahagian lidah. Miraculin sebenarnya tidak manis tetapi lidah manusia yang dilekatkan dengan miraculin akan menukarkan rasa masam kepada manis. Rasa manis itu akan kekal selama satu hingga dua jam sahaja. Rasa manis yang menguasai deria rasa lidah boleh mengubah rasa masam walaupun cuka.
Di Malaysia terdapat juga pokok yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah ajaib, tetapi kesan rasa manisnya tidak bertahan begitu lama. Pokok ini dinama pokok Lemba . Air kosong akan terasa manis bila ditelan setelah dikunyah buah Lemba. Pokok ini tumbuh liar di hutan dan agak sukar untuk menemuinya kerana ia tumbuh tidak di dalam rumpun yang banyak.
Adakah Buah Ajaib Merbahaya
Sehingga kehari ini tidak ditemui lagi kesan negative dari memakan buah ajaib, Biarpun FDA (Food and Drug Administration) dalam tahun 1974 mengkelaskan miraculin yang terhasil daripada buah ajaib adalah bahan ketagih. Miraculin terhasil dari ekstrak buah ajaib. Prof. Kenzo Kurihara, seorang saintis Jepun yang berjaya mengasingkan bahan aktif dari buah ajaib sehigga terjadi miraculin. Dinamakan Miraculin adalah kerana keajaiban yang terhasil dari buah Miracle fruit. Hasil kerja sains ini diterbitkan dalam tahun 1968. Miraculin menganduingi 191 asid amino dan rantaian kabohidrat dan 6.7% gula.
Bagaimana proses mekanisma dari buah ajaib bertindak balas kepada rasa masam kepada rasa manis masih belum diketahui, Cuma ianya boleh dibarangkalikan sebagai molekul miraculin dari buah ajaib telah menukarkan deria rasa masam kepada manis di atas lidah. Namun begitu saya masih lagi menganggap anggapan itu tidak berapa tepat.
Kebarangkalian boleh juga terjadi miraculin dari buah ajaib dengan dibantu oleh rembesan liur dari lidah menukarkan rasa masam makanan tadi menjadi manis. Ini adalah hasil dari percubaan saya apabila saya memakan berbagai jenis buah-buahan yang masam dengan agak banyak seperti belimbing besi, mempelam masam, limau nipis, buah kelubi, dan lain-lain lagi, ditambah pula dengan meminum banyak air TETAPI tidak mendatangkan rasa sakit perut atau cirit birit. Bahkan buah ajaib boleh mengurangkan cirit birit yang berterusan.
Dalam percubaan yang saya lakukan rasa cili padi juga boleh menjadi manis, apatah lagi sambal yang sememangnya dimasukkan cuka. Tanpa menghilangkan rasa pedasnya dan keaslian rasanya.
Bagaimana Menghilangkan Rasa Manis
Rasa manis apabila memakan buah atau makanan yang masam hasil tindakbalas miraculin boleh dihilangkan terus dengan mengunyah sehelai daun pokok ajaib sahaja. Tetapi di Kelanta ditemui seorang pengusaha pokok ajaib mampu menghilangkan rasa manis dengan memakan sehelai daun tetapi mampu pula menimbulkan semula rasa manis dengan hanya menguyah sehelai yang tertentu. Bagaimana bentuk atau jenis daun yang boleh mengembalikan keberkesanan miraculin selepas dihilangkan oleh sehelai daun tidak diceritakan kepada umum. Hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Ini merupakan satu lagi keajaiban yang dihasilkan bukan dari buah sahaja tetaoi juga dari daunnya.
Khasiat telah dibuktikan
Buah Ajaib
Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam.Buah ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.
Daun Ajaib
Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.
Cara Pembiakan
Ada berbagai cara yang telah dan boleh dilakukan untuk membiak pokok ajaib. Diantaranya melalui semaian bijinya yang berkulit keras, tetapi dengan menyemai biji akan mengail masa yang agak lama untuk tumbuh, iaitu lebih kurang 50 hari. Selepas tumbuh ianyanya mengeluarkan 2 helai daun sebagaimana tumbuhan yang lain dan mengambil masa 6 bulan untuk memulakan cabang yang baru. Pembiakan boleh juga dilakukan dengan cara percambahan akar dahan.
Pokok ajaib memerlukan air dan baja untuk terus subur, tanah yang agak masam tetapi menyerap air amat sesuai untuk pokok ajaib. Pokok yang kecil tidak boleh dibiarkan 100 peratus menerima cahaya matahari kerana ia akan membantut tumbesarannya. Bahkan pakok ajaib boleh dijaga di dalam rumah atau di anjung rumah. Siramlah sekurang-kurang tiga hari sekali. Jangan terlebih air.
Jenis Pokok Ajaib
Pokok ajaib mempunyai lebih kurang 18 jenis sepsis.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat 7 jarum

Kaya antioksidan, elak penyakit Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya pereskia sacharosa adalah sejenis pokok dari keluarga kaktus yang mungkin juga satu-satunya kaktus yang mempunyai daun sebenar. Pokok Jarum Tujuh Bilah ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Nama lain pokok Jarum Tujuh Bilah adalah Bintang Tujuh, pokok kanser dan chat sim chan . Pokok Jarum Tujuh Bilah Keistimewaan Jarum Tujuh Bilah adalah disebabkan ia tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali iklim tundra. Walaupun tergolong dalam keluarga kaktus, namun khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah untuk tujuan perubatan memang tidak dapat dinafikan. Malah, disebabkan khasiat ubatannya ini jugalah membuatkan pokok herba ini turut ditanam sendiri oleh penggemarnya di rumah. Ciri-ciri pokok Jarum Tujuh Bilah adalah hampir menyerupai pokok partisan. Pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Pokoknya juga boleh membaik melalui b

U-Queen Ushine

U-Queen Ushine Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masaalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total. Kebaikan U-Queen Ushine Membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut Menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair) Mengencang payudara dan mengangkat punggung Memberi seri pada wajah, Melewatkan menopause Mengeratkan hubungan suami isteri Membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis Mencegah kanser, melancar / membersih darah serta peranakan. Membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan Mencerahkan kulit dari dalam Kandungan U-Queen Ushine Fish collagen Dextrose Monohydrate Citric Acid Pineapple Fruit powder Roselle powder Pueraria Mirifica powder Manjakani powder ext

Pokok Ajaib (Miracle Berry)

Miracle Fruit(Pokok Ajaib) Semakin lama semakin banyak perkara yang baru ditemui. Sebenarnya semua ini telah lama wujud.Tetapi kini baru kita dapat mengetahui tentang perkara ini melalui penyelidikan yang telah dijalankan.Nama  pokok sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya dan ingin mengetahui bagaimanakah Pokok Ajaib ini.Apakah kelebihan pokok ini??Jom kita jelajah dengan lebih mendalam. Info tentang Pokok ajaib: (Nama Botani :Synsepalum dulcificum) Famili :Sapotaceae   Negara asal:Ghana, Afrika Keperluan air :Banyak Tahap pH :4.5 hingga 5.8   Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki Bunga :Warna putih Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi.pokok berbuah selepas 2 @ 3 tahun. Perkara yang menarik tentang buah pokok ajaib ini adalah selepas makan buah ini,segala buah yang masam yang dimakan selepas itu akan membuatkan buah tersebut berasa manis.Saya sendiri telah mencuba buah pokok ajaib ini.Mula-mula saya makan buah pokok ajaib dan kemudian saya makan buah limau kast