Skip to main content

Khasiat 7 jarum


Kaya antioksidan, elak penyakit
Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya pereskia sacharosa adalah sejenis pokok dari keluarga kaktus yang mungkin juga satu-satunya kaktus yang mempunyai daun sebenar. Pokok Jarum Tujuh Bilah ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Nama lain pokok Jarum Tujuh Bilah adalah Bintang Tujuh, pokok kanser dan chat sim chan.

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Keistimewaan Jarum Tujuh Bilah adalah disebabkan ia tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali iklim tundra. Walaupun tergolong dalam keluarga kaktus, namun khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah untuk tujuan perubatan memang tidak dapat dinafikan. Malah, disebabkan khasiat ubatannya ini jugalah membuatkan pokok herba ini turut ditanam sendiri oleh penggemarnya di rumah.

Ciri-ciri pokok Jarum Tujuh Bilah adalah hampir menyerupai pokok partisan. Pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Pokoknya juga boleh membaik melalui biji benih. Ðaunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering, namun mudah pula tumbuh semula apabila mendapat air yang mencukupi.

Pokok ini mendapat nama daripada tujuh batang duri yang meruncing tajam yang terdapat pada batangnya. Bunga pokok Jarum Tujuh Bilah berwarna kuning kemerahan dan mempunyai 8 hingga 12 kelopak dengan stigmanya berwarna putih.


Bunga Jarum Tujuh Bilah

Bunganya terbit di bahagian pucuk dahan. Ðaun pokok Jarum Tujuh Bilah berkilat dan berbentuk runcing pada hujung pangkal. Ðaunnya lebut dan rangup jika diramas serta berlendir. Urat daun berselang-seli dan ada yang bertemu di bahagian pangkal daun.


Erk... ni dah lebih tujuh nih...


Urat sebelah belakang daun berwarna ungu. Selain dikatakan mempunyai khasiat ubatan, daun pokok Jarum Tujuh Bilah yang rangup boleh juga dijadikan sebagai ulam atau dijadikan hidangan salad. Sekiranya mahu dimakan sebagai ulam, anda dinasihatkan supaya menceraikan daun daripada batangnya satu persatu. Ini kerana, walaupun batang mudanya lembut, tetapi masih mempunyai duri yang halus.

Pencegah barah

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit.

Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah.

Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.

Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap darah tinggi, kencing manis dan barah. Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh.

Anda juga boleh mengisar daun ini menjadi lumat dan dijadikan sebagai jus minuman. Rasa jus ini agak pahit tetapi khasiatnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga diabetes.



Kegunaan lain

Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.

Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my

Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

U-Queen Ushine

U-Queen Ushine Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masaalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total. Kebaikan U-Queen Ushine Membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut Menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair) Mengencang payudara dan mengangkat punggung Memberi seri pada wajah, Melewatkan menopause Mengeratkan hubungan suami isteri Membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis Mencegah kanser, melancar / membersih darah serta peranakan. Membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan Mencerahkan kulit dari dalam Kandungan U-Queen Ushine Fish collagen Dextrose Monohydrate Citric Acid Pineapple Fruit powder Roselle powder Pueraria Mirifica powder Manjakani powder...

Pokok Ajaib (Miracle Berry)

Miracle Fruit(Pokok Ajaib) Semakin lama semakin banyak perkara yang baru ditemui. Sebenarnya semua ini telah lama wujud.Tetapi kini baru kita dapat mengetahui tentang perkara ini melalui penyelidikan yang telah dijalankan.Nama  pokok sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya dan ingin mengetahui bagaimanakah Pokok Ajaib ini.Apakah kelebihan pokok ini??Jom kita jelajah dengan lebih mendalam. Info tentang Pokok ajaib: (Nama Botani :Synsepalum dulcificum) Famili :Sapotaceae   Negara asal:Ghana, Afrika Keperluan air :Banyak Tahap pH :4.5 hingga 5.8   Ketinggian pokok: 10 hingga 15 kaki Bunga :Warna putih Buah :Berwarna merah dan sebesar buah kopi.pokok berbuah selepas 2 @ 3 tahun. Perkara yang menarik tentang buah pokok ajaib ini adalah selepas makan buah ini,segala buah yang masam yang dimakan selepas itu akan membuatkan buah tersebut berasa manis.Saya sendiri telah mencuba buah pokok ajaib ini.Mula-mula saya makan buah pokok ajaib dan kemudian saya makan b...